.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.

Monday, February 20, 2012

Lari....



Aku mahu lari...
Tapi..kemana?
Kemana sahaja...

Aku ingin pergi...
Tapi..arah mana?
Ikuti saja kaki ini melangkah...

Aku mahu hilang...
Tapi..bagaimana?
Apa sahaja cara yang ada....

Sayup di hujung sana.. suara - suara itu bergema..

Kau pengecut!
Kau tidak kuat!
Kau lemah!
Lari.. Pergi.. Hilang...
Itu alasan manusia yang cetek akal..
Manusia yang goyah semanagt..
Manusia yang takut bayang2 sendiri...
Bercakap seolah2 hukama..
Menasihat seolah2 kau srikandi..
Tapi bila masa kau diuji..
Kau tewa...
Ya kau orangnya..!

Airmata menitis laju dalam sendu sepi..

Kalian silap...
Aku lari bukan kerana penakut..
Aku lari mahu segera dekat dengan Ilahi..
Aku ingin pergi bukan kerana tidak kuat...
Aku ingin pergi segera memulih keyakinan kepada Ilahi..
Aku mahu hilang bukan kerana aku lemah...
Aku mahu hilang dalam esak tangis kasih sayang Ilahi...
Ya.. Aku diuji..
Maka salahkah aku menangis..
Maka salahkah hati ini bersedih...
Maka salahkah jiwa ini menjerit...

Aku manusia biasa..
Diuji..
Dicabar..
Dinilai..
Ya.. Aku tewas..

Dan kerana itulah aku mahu lari..
segera lari...
KesisiNya..


Tuesday, February 14, 2012

Mentari Merah di Ufuk Timur



Lagu ini.. mengingatkan aku pada Arwah mak.. Arwah abah...


Ada yang tertinggal
Setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali


Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi...Kau mesti..
Alam telah menyakinlan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Ilahi


Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi...


Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
kekal selamanya
tetap dalam ingatanku


Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
yang kau tinggalkan dalam kalbuku


Yang tinggal...


Notakaki: Start kelas master dgn rindu yg menggunung pd mak dan abah..