.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.
Showing posts with label PeringatanTokDiriAku. Show all posts
Showing posts with label PeringatanTokDiriAku. Show all posts

Monday, December 31, 2012

2012 : Antara RAHMAT ALLAH dan ISTIDRAJ



Assalammualaikum wbt..

Hari ini.. hari terakhir di tahun 2012..
Macam2 yang berlaku sepanjang tahun ni..
Suka.. Duka...
Kadang2 tak sangka...
Wah.. Setahun dah berlalu..
Dan aku masih bernafas di atas tiket rahmat Allah..
Syukur...

2 hari lepas ada tertonton.. wah.. ter tu..
Ust Zaharuddin dok bg talk kat Tanyalah Ustz tv9 tu tajuk taubat..
So adalah 1 benda yg sgt2 menarik minat aku..
Bukan menarik minat.. more to menggentar iman ini..

Ustaz ckp pasal Istidraj...
Tahu x apa tuh?
Simple..
Selalu orang tanya..
Kenapa orang tu buat maksiat.. Buat dosa..
Masih Allah bg rahmat.. rezeki melimpah ruah.. hidup senang..
Tapi kita yg agak berjaga2 dlm tingkah laku ni..
Tak berpeluang pun hidup mcm dia...

First sekali..
Allah kan maha penyayang..
Maka.. Allah memang berhak memberi rezeki dan kesenangan kpda sesiapa yg Dia kehendaki..
Namun.. untuk kes di atas..
Ia bukan lah di panggil rahmat Allah..
Ia adalah Istidraj..

Istidraj adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah S.W.T kepada seseorang tetapi dengan tujuan Allah S.W.T ingin membinasakannya..

Allah beri semuaa kesenangan hidup pada dia dulu..
Rezeki yang melimpah ruah...
Setelah dia itu selesa dgn semuanya...
Maka Allah akan amik nikmat2 itu secara perlahan2..
Tanpa dia sedikit pun perasan...

Bila aku dengar ustaz cakap macam tu aku terus terdiam..
Aku pun meneruskan pembacaan dan akhirnya aku jumpa banyak ayat2 Allah yg dah ingatkan aku..
Tentang Istidraj ni..


TAKUTLAH KAMU TERHADAP KURNIAAN ALLAH S.W.T YANG SELALU KAMU PEROLEHI SEDANGKAN KAMU MELANGGAR PERINTAH-NYA, JANGAN SAMPAI KURNIAAN ITU SEMATA-MATA ISTIDRAJ. (FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AL-A’RAF, AYAT 182): KAMI AKAN BINASAKAN MEREKA PERLAHAN-LAHAN DENGAN JALAN YANG MEREKA TIDAK SEDAR.


By the way.. kalian tahu kenapa aku amat2 terasa..?
Kenapa aku sangat terdiam..?
Sebab aku selalu berfikir..
Kenapa Allah bagi orang tuh rezeki eh..
Jawatan bagos..
Duit banyak..
Walhal ..solat pun tidak..
Aurat tak tutup..
Pastu.. Siap derhaka kat mak ayah..
Tipu sana sini..
Macam2lah.....

Contohnya, kawan lelaki aku ni selalu ajak aku keluar la..dating la..
Tapi aku x nak.. aku bukan aku yg dulu.. Aku x mahu buat Allah marah... Sudah bertahun aku tinggalkan benda2 yang melibatkan lelaki ajnabi ni..
Tetibe.. tup2 tahu dia dah kawin..
Ada kawan kata aku sombong..Kalau aku kawan dgn dia, keluar dgn dia..
Tentu yang kawin dgn dia tu skrg aku...
Sbb kan ikot sgt principle aku yang xmahu dating2 ni..
Dah x kawin2...

Macam tuh ke? Itu ke nikmat Allah yg aku terlepas??

Naaa.... Aku x setuju...
Sebab aku xpernah menyesal pun dgn 'hijrah' aku yg bertahun aku buat ni..
Sebab aku yakin.. Selagi aku ikot ckp Allah..
Selagi itu Allah akan sayang aku..
Dan rezeki dan kebahgiaan itu akan datang dengan sendirinya..

Sebab.. nikmat yang aku ingt rahmat Allah itu..
Adalah Istidraj..
Bahasa mudah..
Allah mau kasi perliii sama golongan tersebut..
Allahhh.....

Sungguh malu aku..

Sepanjang tahun 2012 ni.. Terlalu banyak benda yang tak best berlaku pada aku..
Sering kali juga aku bandingkan diri aku dengan mereka yang lebih bernasib baik..
Jarang sekali mahu bersyukur...
Namun lately aku dah sedar...
Allah maha adil..
Allah takkan biarkan aku seorang diri begitu..
Allah takkan tinggalkan aku sendirian setelah apa yang aku alami..
Aku yakin..

Aku tak mahu buat benda2 yang Allah marah,.
Semata2 aku igt Allah akan bg rezeki dan kebahagian yang aku nak macam mereka2 itu..
Aku mahu rahmat Allah..
Bukan Istidraj itu...
Bukan...
Minta dijauhkan...

Ampunkan aku ya Allah jika sepanjang tahun 2012 yang penuh mencabar ini..
Aku mungkin pernah bersangka buruk denganMu..
Tidak percaya akan kasih sayangMu...
Ampunkan aku...

Moga tahun 2013 ini.. Rahmatmu kan sentiasa mengiringku..
Dan mengiringi orang2 yang aku sayang...
Amin..

Happy New Year kalian. :)

Notakaki: "Perkara yang paling sedih bagiku bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, sedang amalanku tidak bertambah ~ Ibnu Mas'ud "


Tuesday, October 16, 2012

Alpa Sebuah Janji : Janji Ramadhan



Assalammualakikum wbt...

Blog bersawang. Kesian kan?
Tuannya malas..
Lebih malas dr dulu..

Banyak benda yg berlaku seminggu dua ini..
Tak pasti sbb apa...
Yang pasti ada sesuatu sedang berlaku..
Ada.. sesuatu yg tertinggal...
Ada.. sesuati yg tercalar..

Mungkinkah amalanku?
Mungkin kah janji Ramadhanku yg tergantung?
Mungkin kah kecuaian aku memberi masa untuk Dia?
Atau mungkin kealpaan aku untuk bermuhasabah demiNya?

Ampunkan aku Ya Allah..

Beri aku peluang utk kembali semula..
Kembali untuk percaya dgn yakin..
Akan lafaz hidup matiku keranaMu....
Bukan kerana dunia yang acapkali melelahkan penghuninya..

Amiin..

Monday, June 25, 2012

Di Jemput Pulang...



Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana..
Masa terdaya
Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia 
Bisa bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak di bawa ke sana
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi.. disaat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...

Harus diingat.. kita hanya musafir
Yang didatangkan.. hanya sementara
Menghunikan alam..
Dan pasti akan dijemput..untuk pulang...
Di jemput pulang...

**Amacam?? Indah tak bait2 tuh..? Sungguh puitis dan bermakna kan..
Something good to ponder.. to remind us.. where we are now..
and what preparations we have until now..
We are moving to our final destination soon...
Let's work hard for that place..
Our eternity hometown.. 
May Allah help!**

p/s: btw tu lagu dr Ukays la.. x mungkin la I karang sendiri..hakhak.. ^^






End Note: Al Fatihah utk mak n abah.. Amalan mereka sudah terputus.. kecuali doa2 aku dan adik2 bradik yg lain.. sedekah jariah yg arwah pernah lakukan dan ilmu dunia dan akhirat yg arwah ajarkan pd kami dan insan lain... Pemergian mereka benar2 mengingatkan diri..Kita ini hak Sang Pencipta.. Kan.?
Miss both of you! :(

Friday, June 15, 2012

Lets turn to Him before we return to Him.




Assalammualaikum wbt...

This is for me.. n for you.. Ya.. for All...

Lets turn to Him before we return to Him.
Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang ~Ar Raad: 28

Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu

Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar

Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria

Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa

Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi

Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong
Jika kau merasa tidak hargai, dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya

Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu 

Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu  untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu

Ihsan : HidupBertuhan

Chill zai! :) Allah is there. For you. For me. For us.



Wednesday, May 9, 2012

Kisah Arnab dan Kura-kura (Versi Baru) - Woha!



Assalammualaikum wbt..

Balik Redang.. aku semakin bersmngt.. So this time nk share 1 story yg sgt2 menarik..
Maybe ada yg tahu..ada yang xtahu...
But very nice one!
:)

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung…)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.
Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir….
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan 
janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang 
sombong takbur, lagi membanggakan diri "(Luqman: 18)



Sources: /kisah-arnab-dan-kura-kura-versi-baru/

Notakaki: utk aku, kau dan kita. :)

Tuesday, April 10, 2012

Cereka: Anugerah Bintang Paling Popular Padang Masyar (ABPPM)




(Analogi Hidup Untuk Akhirat)

2 golongan Bintang Popular msg2 sdg menuju ke arah Syurga & Neraka selps keputusan diumumkan..


Lalu memberi ucapanlah kedua golongan itu...
Bintang Paling Popular Kategori Penghuni Neraka:


"Sy terkjot dgn anugerah ini.Sy xlayak utk dpt anugerah ini. Si polan itu lbh layak. Ibu bapa yg x didik sy dgn agama..pastu kwn2 sume hasut sy jd jht..cikgu pulak xmo ajar ilmu btol2..pastu asal nk buat baik je Allah mcm xnak tlg je sy...si polan tu jugak yg jdkan sy gini... bla..bla..." .....smbil berterosan mnyalahkan org lain krna menjadikannya sebgitu rupa....

Kemudian,tibalah masa ucapan drBintang Paling Popular Kategori Penghuni Syurga:


"Sy pon terkjot dgn anugerah ini. Sy xlayak dpt anugerah ini sbb jika mahu dibanding amal ibadat yg sy buat...bukanlah apa2 disisi Allah. tp ini semua ksh syg Allah. Terima ksh kpda ibu bapa sy wlopun mereka tidak ajar sy agama tp krna merekalah sy mahu mncari agama dan mnghargai Islam, kwn2 yang asik ajak wat benda jht maka krna merekalah sy mengajar diri erti sabar dan mujahadah... Guru2 yg xamik endah hal sy..lalu krna merekalah sy bermotivasi tggi mahu jd lbh baik utk mendidik generasi kelak dgn lbh sempurna...si polan yg slalu mnguji sy lalu sy lbh tabah dgn hidup sy...bla..bla..bla..." ...smbil berterosan memanjatkan syukur ats apa sj yg berlaku kpd hidupnya dulu...


Kita ini...Bagaimana ya..? 


Mahu jadi yg menuding jari ataupun yang mengangkat tgn bersyukur?


Popular di mata manusia itu bukanlah apa2.. Tp popular di mata Allah itu yg plg pentingkan..?


Tepuk dada ty iman..



Notakaki: Jom raih 'undi' malaikat pencatat amal! :)





Saturday, April 7, 2012

Tak Perlu...




Tak perlu yang terlalu kuat agama
Cukuplah yang jaga agama
Pasti nanti agama kami terbela.
Tak perlu yang tahu Islam
Cukuplah yang mahu Islam
Pasti nanti kami menuju Islam.
Tak perlu setinggi-setinggi pelajaran
Cukuplah yang tinggi cara pemikiran
Pasti nanti usaha kami seiring kehidupan.
Tak perlu pencapaian
Cukuplah persepsi dan kematangan
Di situlah dia mengagumkan.

Tak perlu yang petah berhujah
Cukuplah yang mudah berbincang sama
Pasti nanti masalah kami terlerai jua.
Tak perlu harta kekayaan
Cukuplah kami tidak kelaparan
Pasti nanti kami selesa dengan kehidupan.
Tak perlu segak kacak bergaya
Cukuplah hatinya jadi rupa
Pasti nanti kami tak sengsara.
Tak perlu yang gigih bekerja



Cukuplah yang bertanggungjawab dengan dunianya
Untuk melengkapkan akhirat keluarganya.
Tak perlu sesempurna mana
Cukup sekadar lelaki biasa
Pasti masjid kami jadi luar biasa.
Bukankah rumah tangga itu lubuk pahala?
Dia yang bijak takkan sia-siakannya
Dia pasti tahu tindakannya
Untuk mencari keluarga bahagia
Hidup di dunia tenang selesa
Membawa kami ke syurga sana.

sumber:iluvislam

Tak perlu bukan beerti TIDAK ambil peduli.
Tapi ambil peduli secara rendah hati..
Dan indah di mataNya..

Notakaki: Usah angkuh dgn apa yg ada kerana kita bukan apa2 tanpaNYA. :)


Wednesday, March 7, 2012

Di pena-Nya...


Salam..

Blog masih suram.. sesuram hati ini..
Ya..separuh jiwaku masih pergi..
Masih tak kembali...
Namun..
Acapkali mahu berdiri kembali..
Dek kasih sayang Ilahi..
Yang menghujani tidak henti-henti..
Allahu rabbi... :)

.: Nabi s.a.w bersabda; "Ketahuilah sekiranya seluruh ummat berhimpun untuk mendatangkan satu kebaikan kepadamu, maka mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan kebaikan tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu, dan jika mereka berhimpun untuk mendatangkan mudarat kepada kamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan mudarat tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu. Telah terangkat pena dan telah keringlah dakwat ~ Riwayat tarmizi :.


*Life is an open secret*

kan?

:)

Thursday, February 9, 2012

Menangis untuk Kembali?

"Allah sayang aku kan Dajwa..."

Ya..itu ayat yang kerap meniti di bibir ku sejak dari dulu dan ya..sejak pemergian mak.. hampir setiap hari aku bertanya benda yang sama kepada si dia.. si sahabat yg setia disisi mndgr luahan hati dan menangis bersama berkongsi kesedihan...

Oh ya, Assalammualaikum kalian.. lupe pulak.. :)

Blog ni dh bersawang.. xtau lah nape malas sgt nak update..uhuu...~
But this time I would like to share something with all of you..

Kenapa bila Allah uji.. tanda Allah syg kita..
Kenapa bila Allah bg kesusahan.. tanda Allah syg kita..
Kenapa bila Allah ambil org yg kita syg.. tanda Allah syg kita..
Kenapa Allah bg semua benda yg kita xmahu and xsuke..
Still sbbnye Allah syg kita..
Kenapa..?

Aku ini.bkn insan yg baik..bkn hamba yg perfect..
Jadi aku adalah contoh manusia yg sering berty kenapa..
Walhal sbnrnye aku tahu sbbnya..
Cuma..masih mahu ty kenapa...

Allah uji sbb...
Allah mahu lihat sejauh mana kita mahu bergantung pd Allah bila susah..
Allah bg kesusahan sbb..
Allah mahu dakap kita erat2 waktu kite sujud memohon pertolongan dr Dia..
Allah ambil org yg kita sayang sbb
Allah mahu igtkan kita ini hanyalah pinjaman semata...Kita ini hakikinya milik Dia..
Allah bg semua benda yg kita xmahu and xsuka..
Kerana Allah rindu akan tangisan kita
Kerana Allah mahu iman kita ini naik ke satu tahap yg tinggi..
Kerana Allah mahu kita kembali kepada Allah...
Kembali dgn makna yg sebenarnya...

Oleh itu..
jika diuji.. menangislah..
jika ditimpa kesusahan menangislah..
jika diambil org yg kita syg..menangislah..
Menangislah selagi tangisan itu membawa kita kembali kpda Allah..

Allah sayang bukan bermakna Allah beri semua yang kita mahu..
Tapi Allah akan beri apa yang kita perlu.. dan semua yang kita perlu itu..
Akan membawa kita lebih dekat dengan Dia...

kan..?

:)

Notakaki: Aku ini..mahu yg amat dekat dgn Allah.. Dan ujian ini.. ya..ini titik tolak untuk aku semakin dekat dgn Dia..



Friday, December 30, 2011

Menangislah Wahai Mata...





Asslammualaikum wbt..

Sihatkah kalian? sehari dua g dh nak msok taun baru.. Phew..! Cepat kan masa berlalu..? so amcm taun ni nye kondisi diri..?amboii ty org mcm la haku bgos sgt.. ngee..

btw..kali ni nk share 1 puisi yg sangat aku suke.. mmg sebakk je bile baca...kalian..xtaulah kan.. so sj nk repost balik.. harapnya.. hati kita ini tidak terlalu keras utk mengalirkn airmata tanda mnginsafi dose2 kita sepanjg kita bernapas ni.. 

Kdg2 kita ini sgt sombong dgn Allah.. bile tgk filem cinta yg tragis kononnye.. mcm ombak rindu n tentang dhia (siyesly NO OFFENCE sj bg cth..) leh lak nk nangis2.. tp bile sujud time solat pyh tol airmata ni nk kuar... ptotnye..ms sujud tu la kt ni betol2 mintak Allah maafkan kita.. 5kali sehari kita solat lbh kurang bpe kali agknye kita sujud..?? 


(jap nk kire.. subuh = 2x2=4 zhr,asr,isyak= 2x4x3=24 maghrb= 2x3= 6) huyoo.. 34 kali tu kita sujuddd.. btol ke calculation tuhh..ngeee...tu xcmpor solat sunat ke ape ke..

TAPI......!

kat sujud yg manakah yg kita benar2 mintak maap kt Allah.. yg kita betul2 maksudkan solat kita ni tanda kehambaan kita? susah kan..?? (dun worry, aku pon 5x2 gak..aku sedar)
Malu kan..setelah bykkk yg Allah bg...kita sombong la pulak... wuuu.... 
kita ni.. (aku la tuh) kdg2 tahu yg kita ni bukan hamba yg baik..insap kejap je..
then..msh xde improvement....Tp Allah msh bg nikmat2 kt kita kan..?Allah.. malunye...
*moga Allah ampunkan kita..* AMINN!! (T___T)

so jom..try tgk puisi yg mmg wat jiwa wanita aku ni bergetar...(hope kot yg bukan wanita pon boleh rs getaran yg sama..aha...)


"Menangislah wahai mata
petanda kau hanyalah hamba
menangislah wahai mata
rintihan hanya buat yang Maha Esa
menangislah....
dalam suram cahaya malam
disunyi sepi yang murni
dalam asyikan alunan wahyu Tuhan
dalam indah kalimah hikmah
dalam sebak mengenang dosa
dalam syahdu merindu pahala
maka..... menangislah duhai mata
biar setiap ketika, biar setiap masa
jika tidak membasahi pipi
biar tetap membasahi nurani

Menangislah wahai mata
mutiara meriwayatkan cinta
antara hamba dan Tuhannya
sendumu meriwayatkan duka
jiwa  hamba memanggil Pencipta.

Menangislah dengan penuh kepiluan
agar engkau tenggelam dalam lautan tiada tepian
menangis dengan sepenuh jiwa
agar kau rasa kurnia yang tidak terduga
menangislah, supaya kau tahu ada bezanya
antara airmata meratapi dunia
dan tangisan memanggil Yang Esa......."

 - Dr.Maza -

Sumber : MindaTajdid

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”
Nabi Muhammad bersabda lagi : ”Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali"

Notakaki:  Sudahkah kita menangis kerana-Nya hari ni? (-__-')