.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.

Friday, May 20, 2011

..Bila Allah mengambil hak-Nya...



A.K.U punya ayah yg aku panggil ABAH...
Dia garang...Askar kan....
Muka siyes...Askar kan....
Badan tough...Askar kan...
tp dia sayang aku...
SAYANG YANG AMAT...
Cara dia manjakan aku lain dr yg lain..
tp aku tahu,YAKIN..
Dia amat sayangkan aku...
SANGAT...

A.K.U punye ibu yg aku panggil MAK...
Dia softspoken...
Suka senyum...
Dia masak sedap yg amat...
Bile abah marah,dia pujuk hingga airmata ini kering...
Dia syg aku..
SAYANG YANG AMAT...
walopun cara mak typical ksh syg seorg mak...
tp aku YAKIN...
Dia amat sayangkan aku...
SANGAT....

Tapi kini...
ABAH dah tiada...
Allah amik dia...
Kata mak, Abah milik Allah..maka..
sudah sampai masanya Allah ambil dia semula...
sungguh..
Aku sedih..
SEDIH YANG AMAT...
Apatah lagi hari itu hari ke3 SPM bermula..
Dan aku ini..yang paling manja dgnnya...
Aku jugalah yang tak dapat mengucup dia buat kali terakhir...
Sungguh...kenapa aku perlu hadapi semua ini...?
Beri aku jawapan ya Allah...

Kini pula...
MAK makin dimakan usia..
Izin Allah, kesihatan mak pula Allah uji..
Kalau boleh..
Mahu ku tukarkan diri ini dgn mak..
Biar aku yg rasa sakit...bukan mak..
Sungguh..
Aku sedih...
SEDIH YANG AMAT...
Apatah lagi, aku yg kini bekerjaya..
Mana mungkin boleh balik menjenguk mak setiap hari...
Rasa mahu memukul diri sendiri kerana dose yg satu itu...
Mahu shj ku kuburkan hasrat membangunkan potensi diri...
Demi mak...tapi...
Sungguh...kenapa Allah menguji aku lagi..??
Beri aku jawapan Ya Allah...
Sesungguhnya...
Bukan Allah tidak mahu beri aku jawapan..
Tapi ia sudah terbentang didepan mata...
Kita ini..Abah..Mak...aku..kalian...
Kita ini...mmg azalinya milik Allah...
makanya, mengapa harus bertanya "KENAPA" bila Allah uji begini dan begitu..
Milik Dia..Hak Dia..Mengapa mahu persoalkan..?
Pemergian Abah...Kesakitan Mak..Semua itu ujian Allah..
Untuk kami adik beradik...
Allah mahu nilai sejauh mana keimanan kami...
Sejauh mana maksud kami bila kami bilang kami sayang abah, kami kasihkan mak...
Mampukah kami...
Adakah ujian ini mendekatkan kami kepada Ilahi?
jika tidak,makanya gagallah kami...
Kerana itulah tujuan Allah menguji...

Logiknya..
Jika sedia maklom semua ini milik Allah..
Plan Allah...
Hak Allah...
Maka pada siapa kita mahu meminta..
selain dr DIA...
Allah...

dan kerana itulah Allah berfirman dalam kitabNya..

"Doalah kepadaku...Doalah...Maka akan aku perkenankan..."

Nah...apa lagi yg kau mahukan wahai insan...
Ya..insan bernama Zania....



Lagu ini...sangat...ehmmm...( Mode ~ Rindu Bertandang Lagi... (T__T)

Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa



Friday, February 18, 2011

SaLahkan iLmu iNi diHaLakan kpda Non-MusLim?? **kaLian mgKin tdK mngerTi**

" Dia ex-sek agama, grad pulak dr Uni Islam tuu.tp bagi ilmu kat org kafir. xfaham tol lah. tahulah pandai n leh demand gj. aja org kafir kan gaji mahal. anak2 islam dia wat dek je.pelikkan "

aku hanya mengeluh panjang. aku tahu status hamba Allah itu ditujukan pd aku. almaklum la, dia dgn aku mmg link kurang baik dr dulu.tp..salahkah aku bekerja..menumpahkan ilmu pd yg bukan islam...??

Ya..aku fhm mksud dia, perkmbangan ilmiah anak2 islam kt penting..mngapa mahu menolong org non muslim pula. oklah..betulkan aku kalo aku silap..

ya, tmpat aku mngajar ni 98% adalah non muslim. even tenaga pngajar juga mgkin 5% shj yg muslim.tp adakah bermksud aku tak boleh share ilmu Allah ini degn mereka. bukankah dlm Al-Quran pun byk ayat Allah suruh kt berdkwah.

ya,aku bkn jurusan agama,aku bkn ustzh tp didikan agam yg ada aku rs sudah smpai msnya aku jalankan tggungjwb aku sbg daie'. hamba Allah trsebot tdk tahu betapa besarnya pluang menjdi daie' disini. Ya,di lembah ilmu non muslim ini...

Islamic Accounting and Finance dept bakal diwujudkn di sini. Lihat btapa non muslim berminat dgn Islamic way of managing finance and account. dan jgn trkjot rata2 yg berminat ialah non muslim. aku..ada sebab kukuh mngapa aku berdoa 'jodoh' aku dgn university ini panjang. mahukah kalian..(kau, wahai Hamba Allah) melihat head of dept bg Islamic Finance ini kelak terdiri dr nonMuslim?mahukah??aku tdk mahu..jd aku akn cuba sdya upaya untk mnjd sbhagian projek ini. aku mahu disitu MUSLIM yg mengepalainya...Aku mahu..Mahu sgt..klo bkn aku..mgkin org lain tp MUSLIM yg pastinya...

Kalian tak tahu,betapa non muslim mahu menerokai sistem2 perbankan dan kewangan Islam. ya aku tahu kalian mgkin pk ia utk profit dan kpntingn mereka..tp kaliankah..kamu..kamukah yg memegang hati2 mereka..Kuasa Allah,mgkin spnjng mereka mendalami ilmu ini, Allah bukakan hati mereka..jd disinilah pentingnya ada seorg yg MUSLIM sama2 membantu..sama2 mengenalkan betapa indahnya Islam ini. The BEST way of Life...
aku bg 1 lg cth.. wktu aku mngaja satu subject sebulan lalu, Taxation, mereka byk berty mngenai zakat..knpa zakat boleh diberi deduction dlm incom tax calculation..perbincagan ini berlarutan hingga mereka berty kebaikkn zakat dan pentingnya zakat. dan akhirnya mereka mngakui, sistem zakat ini sgt bgus dan benar2 adil. Nah, ini..ini kata2 students aku yg non muslim..NON MUSLIM.. aku kdg2 tpk..even kita yg muslim ni pun tah berapa kerat je yg sedar akan hal ini.

post ini berbaur emosi.Ya,krna ini aku bgitu terasa dgn kata2 tersebot.jd aku coret disini agar kalian tahu..tak kamu, hamba Allah itu tahu, aku di lembah ilmu yg dimonopoli oleh non-muslim ini bkn krana gaji yg mahal tp krana aku mahu jalankan sdkt tanggjwb aku sbg daie'. Dgn ilmu yg aku curahkan, aku mahu membawa mereka mngenali Islam. Ya bkn mudah.sgt susah..aku akui sgt...SGT...tp ini usaha aku..jd salahkah aku mencuba..???

salahkah dari 100 org graduan university Islam itu,aku satu2nya mencuba untuk msok ke 'sarang lebah' ini..??Ya aku mungkin 'disengat' lebah (bkn shj lebah di sarang tp lebah2 diluar itu,seprti kamu,Hamba Allah)...tp mana tahu aku mungkin mendapat 'madu' lebah2 tersebot akhirnya nanti..??Ini semua kuasa Allah..

Allahuakbar...

**mode ~ sigh**