.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.

Friday, December 16, 2011

Syarat Melakukan Maksiat.. Mahu?


Kali ni punye entry best! Best sgt! I know maybe uouls dh penah baca kan..?but i love to put this to my list. Sebab sgt menginsafkan..

Mahu melakukan maksiat..?Mahu? Ha..Boleh2..Tapi mesti ada syarat2nye kan.. Semua benda pon kt dunia ni mesti ade rules and regulations..same goes to the 'maksiat'. After you read this..we must realize yg kita hidup ni bukan utk diri kita sahaja.. Kita hidup untuk Dia.. Dia buat ibadah kepadanya.. Kita mesti tunduk pada Dia..Tapi Ajaibnya.. Dia x kurang pape pun kalau kita x mahu buat apa yg Dia suruh.. Tak rugi barang sehabuk pun..Tapi kita lah org2 yang rugi..Kan..?

Maka nikmat Tuhanmu yg mana satukah yang mahu kamu dustakan..?

Uhuu...~ jom.. layan...

 Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?” Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?” 

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!” Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

 Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.” Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

 Notakaki: Kita ini..bukan apa2.. Malu lah sikit weh... (T___T)

6 comments:

  1. Nice entry even banyak kali dah baca still nak baca.

    ReplyDelete
  2. kak ienya, time kasih atas entry yg sgt2 bermakna. :)

    ReplyDelete
  3. i like jugeee....
    betul tu...kite bukan sape2 kat dunia ni..

    ReplyDelete
  4. tu la..jgn kan 5.. 1syarat pon kt x mgkin leh wat..kan.. huu~

    ReplyDelete