.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.

Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan 19 : Permulaan Malam Seribu Malam..



Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah.. Allah sampaikan kita ke Ramadhan yg ke19.. Malam ini.. Malam ke20.. Permulaan malam seribu malam...

Ramai yang menantikan malam penuh barakah itu...
Ramai.. Seluruh hambaNya di muka bumi ini..
Tapi.. Adakah usaha kita mahu bertemu Sang Malam itu mencukupi..
Sejauh mana effort kita sbg tanda kita mahu benar2 ketemu dgnnya..?

Aku..
Hanya mahu istiqamah dgn amal ibadat yg telah aku lakukan hingga kini..
Mahu Istiqamah dan mahu memperbaiki mana2 lompong disegenap amalanku...
Aku mahu benar2 agar ibadah aku ini..bukan sekadar mahu mengejar Sang Malam..
Tapi mahu benar mengecapi rasa manis beribadah dgn Sang Pencipta..
Menghargai masa2 aku bertemu.. bersujud kepadaNya..

Aku..
Juga mengharapkan.. Segala amal ibadah ku yang mendekatkan aku pdNya ini..
Akan kekal hingga Ramadhan pergi..
Ramadhan bukan hanya bulan kita mengumpul pahala..
Tapi ia adalah umpama kem bina insan yang mahu memupuk kita..
Agar..amal ibadah Ramadhan ini gagah didirikan ke bulan2 selepasnya..
Ramadhan hanya satu bulan yg menjadi titik tolak utk kita mengubah diri kita..
Menjadi hambaNya yg lebih baik...
Bukan hanya di bulan barakah ini..
Tapi sepanjang hayat...

Ini harapan aku..
Ini doa aku..
Dan ini.. muhasabah utk diri aku..

Ya Rabb.. Ampunkanlah kami Ya Allah.. ampukan kami..
Moga amalan2 kami ini istiqamah dan hati2 kami ini kuat bermujahadah..
Amiin

Selamat merebut kasih sayangNya..! ^^

 

3 comments: