.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.

Tuesday, August 21, 2012

Syawalku mungkin tak seindah Syawalmu.. Namun...




Assalammualaikum wbt..

Akhirnya.. Syawal tiba juga..
Ke hadrat Allah aku panjatkan ats segala nikmat dan kurniaanNya yg x putus2 dalam hidup aku..
Berlalunya Ramadhan bersama linangan air mata..
Entah kan bertemu lagi entah kan tidak..
Entah amalan kan diterima entah tidak..
Entah istiqamah ibadah ini entah tidak..
Moga2 Allah beri peluang untuk aku.. dan kalian..
Merebut kasih sygNya lagi..
Dan lagi...

Tibanya Syawal..
Semua orang tersenyum girang..
Berbaju baru.. Berjalan ke sana sini menziarahi sanak saudara..
Menikmati juadah yang enak, air tgn ibunda masing2..
Bergelak tawa, bergurau senda menjelang hari lebaran..

Indah..

Aku..
Meminjam segenap kekuatan yg dikirimkan oleh sahabat handai..
Untuk menghadapi hari lebaran tanpa kekasih hati..

Janggal..
Beberapa tahun lalu..
Mak lah orang paling sibuk menyediakan juadah raya..
Membakar bahulu dgn sabut kelapa..
Membakar lemang yg tersedap di dunia ku kira..
Membuat tapai kesukaan aku di malam raya..
Membuat rendang yang ku kira tiada galang gantinya..
Semuanya mak..
Mak jugalah yg sibuk memeriahkan surau berterawih setiap malam..
Mak jugalah yg sibuk memberikan duit raya kepada cucu2nya..
Mak jugalah yg sibuk melayan tetamu2 yg dtg menziarah..

Pagi raya tahun lalu..
Mak sudah uzur..
Bertongkat.. Berpimpin..
Aku.. di pagi Syawal..
Sibuk menyiapkan mak..
Memandikan mak..
Memberikan mak sarapan..
Membawa mak jalan beraya..
Segala2nya dgn mak..

Sebak..
Raya tahun ini..
Aku hanya menyiapkan diri sendiri..
Dulu membawa emak menziarahi pusara abah..
Kini.. Aku pula membawa diri menziarahi pusara mak..dan abah..
Sanak saudara juga.. sudah tidak ramai menjengah kami adik bradik di rumah..
Tiada alasan kukuh untuk mereka menziarahi kami..
Mak..Abah sudah tiada..
Jadi hanya kami adik beradik yang ke sana ke mari..
Rumah ini..
Semakin sunyi..
Semakin sepi..

Mujur ada yang masih sudi menjenguk.. bertanya kabar..
Hanya Allah dapat membalas...

Sedih...
Terlalu banyak mulut2 yang berkata bahawa aku ini terlalu sedih..
Terlalu ramai insan2 yang mengatakan aku ini seolah2 tidak redha..
Tidak terkira ungkapan2 yang menganggap aku ini tidak boleh menerima kenyataan yg mak dan abah telah tiada..
Tidak terbilang kata2 yang terucap menyatakan aku ini hanya meminta simpati dek kehlgn mak dan abah..

Aku cuma mampu membalas dgn senyuman..
Kerana dalam hati ini..
Allah shj yang tahu..
Kerana hanya Dia yg tahu dimana setiap hela nafas aku ini..
Aku memohon kekuatan untuk meneruskan hidup tnpa mak.. tanpa abah..
Adik beradik yang sudah punyai keluarga sendiri..

Kalian..
Tidak tahu sekuat mana aku berusaha..
Kalian..
Tidak pernah kisah sejauh mana aku cuba bertahan..
Kalian..
Tidak pernah ambil peduli kedukaan ini sebenarnya mematangkan aku..

Aku bukan hidup dlm kenangan..
Tapi kerana kenangan itulah aku meneruskan hidup aku..

Syawal ku mungkin tidak seindah Syawalmu..
Namun nikmat Allah, semakin aku matang untuk aku syukuri...
Semakin banyak yang aku pelajari akan hal hidup ini..
Yang dahulunya aku kira aku punya..aku miliki.. aku sayangi..
Segala2nya kan kembali ke PenciptaNya..
Dan hanya dgn mendekatkan diri kpda PenciptaNya itulah kita akan lebih mengerti...
Akan segala2 yg terjadi..

Salam Aidilfitri kalian..
Maaf segala khilaf..







4 comments:

  1. Allah lebih faham apa yang awak rasa. Abaikan mereka yang lain. Mulut manusia tak kan berhenti bercakap. Kerana mereka tidak pernah merasa apa yang awak rasa.

    ReplyDelete
  2. Kebetulan membuat lawatan muhibbah blog ke blog. Semoga Allah merahmati kedua arwah dan kamu.

    ReplyDelete
  3. Sabar lah kak zai. Allah bersama akk. Doa saya bersama bersama akk. :-)

    ReplyDelete