.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.
Friday, December 16, 2011
Syarat Melakukan Maksiat.. Mahu?
Kali ni punye entry best! Best sgt! I know maybe uouls dh penah baca kan..?but i love to put this to my list. Sebab sgt menginsafkan..
Mahu melakukan maksiat..?Mahu? Ha..Boleh2..Tapi mesti ada syarat2nye kan.. Semua benda pon kt dunia ni mesti ade rules and regulations..same goes to the 'maksiat'. After you read this..we must realize yg kita hidup ni bukan utk diri kita sahaja.. Kita hidup untuk Dia.. Dia buat ibadah kepadanya.. Kita mesti tunduk pada Dia..Tapi Ajaibnya.. Dia x kurang pape pun kalau kita x mahu buat apa yg Dia suruh.. Tak rugi barang sehabuk pun..Tapi kita lah org2 yang rugi..Kan..?
Maka nikmat Tuhanmu yg mana satukah yang mahu kamu dustakan..?
Uhuu...~ jom.. layan...
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?” Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!” Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.” Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
Notakaki: Kita ini..bukan apa2.. Malu lah sikit weh... (T___T)
Friday, December 2, 2011
Malulah wahai Dai'e!
Assalammualaikum kalian..
This time again.. i take from one of the site yg sgt bagos..! even kata2 dia pon sgt bermanfaat.. Kali ni puisi ni..
So pendek kata.. ini utk kita.. ya,utk kita berfirkir sejenak...huu..~
Malulah wahai da'i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata kau gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?
Malulah wahai da'i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga kau gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?
Malulah wahai da'i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki kau gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?
Malulah wahai da'i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan kau gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?
Malulah wahai da'i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?
Sedarlah wahai da'i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!
"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?"
[QS al-Baqarah, 44]
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"[QS ash-shaff, 61:2-3]
Notakaki: Ramai manusia yang malu untuk mendekatkan diri dengan Allah, malu untuk buka Al-Quran apatah lagi mengalunkan bacaannya, malu solat di awal waktu, malu mahu jadi baik, malu..malu dan malu.. Tetapi tidak pula malu bila jauh dari Allah.. tidak malu solat lewat, tidak malu Quran sudah berhabuk, tidak malu melakukan benda2 yang Allah larang walaupun tahu musibahnya.
Pelik kan kita ini bernama manusia?
Btw..Peringatan ini..sungguh utk diri aku! (-__-)
sumber: sabahanmuslim
Subscribe to:
Posts (Atom)

