.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.

Saturday, March 24, 2012

Bad Day! (-__-)




Bad Day....
It's happen rite?

I'm mad..
I'm sad..
I cried...

My study...
Keje menggunung...
Assignments melambak...
Presentations menanti...
Project proposal bertimbun2...

*stress*

My work...
Bangon lambat.. lewat ke kls...
Facing plak dgn students yg rude..
Rude yg amat.. Blame lecturer itu ini ats kesalahan n kemalasan diri sendiri..
hingga terdetik hati mahu doakan mereka fail sahaja...
Puas hati...!

*stress*

My life...
Sebabkan bz keje dan study..
Maka tidak ada masa mahu hang out dgn kwn2...
Rindu pula dgn arwah mak abah bertambah2...
Weekly baking pun xleh nk go on...
Apatah lg nak cuti2 ke oversea pon within the sea..erk..erm..

*stress*

Allah ampunkan aku ats kesedihan aku ini..
Allah ampunkan aku ats kelemahan hati yg xdapat bertahan..
Allah ampunkan aku ats tangisan dek iman yg rapuh ini..
Allah ampunkan aku ats keputusasaan aku dlm menjalani kehidupan ku kebelakgn ini..

Aku tahu Kau sentiasa disisi..
Memerhatikan aku tanpa jemu..
Memandangku dgn penuh rasa kecintaan..
Menanti masa utk aku bangun semula...
Menanti masa utk aku mendekatiMu segera..
Menanti masa utk aku menyakini kasih sayangMu..

Ya Allah... terima kasih kerana Kau masih disitu..
Untuk aku!
Alhamdulillah..



Nikmat Allah terlalu banyak berbanding kesedihan yang sedikit 

An-Nahl [18] Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Baqarah [185]Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran

Orang yang tidak bersedih – wali dan mereka yang yakin sepenuhnya kepada Allah

Yunus [62] Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita
Ahqaf [13] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Ada hikmah disebaliknya 

Baqarah [216]…… boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Semuanya ujian 

Mulk [2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu

Ubat kesedihan -  taqwa, zikir, tambah keimanan, bersyukur

Talaq[4]….sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

Ar-Ra’d [28] ….. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Fath [4] Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Baqarah [152] Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan danbersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Ibrahim [7] Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.



*May Allah help*

Mode ~ Xdek mood! Hurm...

Da...

Wednesday, March 7, 2012

Di pena-Nya...


Salam..

Blog masih suram.. sesuram hati ini..
Ya..separuh jiwaku masih pergi..
Masih tak kembali...
Namun..
Acapkali mahu berdiri kembali..
Dek kasih sayang Ilahi..
Yang menghujani tidak henti-henti..
Allahu rabbi... :)

.: Nabi s.a.w bersabda; "Ketahuilah sekiranya seluruh ummat berhimpun untuk mendatangkan satu kebaikan kepadamu, maka mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan kebaikan tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu, dan jika mereka berhimpun untuk mendatangkan mudarat kepada kamu, mereka sama sekali tidak akan boleh datangkan mudarat tersebut melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kamu. Telah terangkat pena dan telah keringlah dakwat ~ Riwayat tarmizi :.


*Life is an open secret*

kan?

:)