.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.

Tuesday, May 29, 2012

Mentally Break Down


Assalammualaikum wbt...

Hye..
I have a very loooooonnnnnnggg week...

Study...
Too many presentations..
Proposal asik bertukar idea...
Bila dah siap...
Ade 2nd thought pulak...
Tukar lagi...
Mata nak tercabot sbb asik bc articles itu ini...
Final exam dah dekat...
dgn keje lg..nk study lagi...
I'm so tired..
*deep sigh*

Work...
My practical students...
Macam2 hal...
Double cek marks la..
Nak grad tp practical xabis lg..
org tu pas keje kat org ni..
bis keje kt bila nk settle..?
itu la.. ini la..
Aku plak tetibe kn aja proffesional academy...
Apa ni...
double working hours tau...
I just can't stand...
*deep sigh*

Life...
Kereta last week terseret...
Sapa lah yg punye keje..
Sian keta tu... berbekas.. itam lak tuh!
PAstu.. tayar plak meletop..
kena tukar 4-4 tayr..
Terbang duit...dekat seribu...
Gaji dh la lambt...
Kena saman kat UKM plak..
Dah la bkn salah aku...
I just really sad!
*deep sigh*

Family...
Dah dekat 2 bulan x blk jenguk kubur mak n abah...
Rasa berdosa plak.. xtgk2 rumah tgglan mak abah...
Keje yg melambak... mematikan langkah...
Rinduuu sgt dgn mak abah..
Tgk org ade family day la...
Hang out adik bradik..
Makan mskn mak..
Cerita kat abah psl keje yg xberkesudahan...
Macam best je...
I really miss both of them.. Siyesly...

Health....
Lastweek dakit gigi nak mmpos..
3 4 ari not in the good mood..
pastu.. mata plak... bleeding..
Blood vessel pecah...
ni br nak recovering...
Kaki terseliuh skit sbb kasut yg dh nak jahanam tu...
I'm hurt.. Sgt!


.Hati..
Tah..
Lately mimpi tah hape psl org yg pernah berada di hati..
Sihat ke x agknye dia tu....
Nak ty kabar x kose..
Biar la... Bukan rindu pon..
Teringat je..
Tu pon dh nak rs x best.. huh...
Tgk org lain naik plamin..
rs best je..
Jodoh aku..
Mcm dah jumpa.. Macam dah lari blk plak dah..
Tah...
Lantaklah...

Iman..
Rasa trok sgt...
Asik nak nangis tiap kali kn uji..
Nape payah sgt nk yakin dgn Allah ni..
slalu sgt pesan kat diri sendiri..tp slalu jugak lah aku hangin dgn diri sendiri...
Asik nk paksa2 Allah kabulkan doa...
Xboleh pulak nak sabar...
Asal kn uji nak nangis...
Seolah2 xleh nk berlapang dada dgn Allah..
Punyalah byk nikmat Allah bg...
Tp...
Masih xnak bersabar...
Malu sungguh rs diri ni dgn Allah...
*deep sigh*

Ya.. This 2 month.. I am totally.. exhausted...
Mentally break down...
Maybe akan berlarutan hingga hujung bulan 7...
Ye ke..
Tah la...
k Bye..

*deep sigh*

Notakaki: My BFF.. thnks for ur shoulder.. Sian ko.. tiap2 hari setia mndgr aku mngadu.. mengesat airmata yg saban malam xpernah kering.. memberi berkepuk2 nasihat akan ksh syg Allah yg xpernah berhenti...
Moga.. Aku smkin kuat...







Saturday, May 12, 2012

Vacation : Redang is AWESOME! 2nd time trip? YES! I will!

SUBHANALLAH..!


Assalammualaikum wbt..

Hi guuys.. How's life?? ok kah??
Kali ni ye entry just nak cite psl my trip to redang last week..
I didn't have chance like others pg oversea sana sini..
Tak mampu like others.. I know dat..
So keep you fake smile guys.. *sigh*
But atleast.. This trip kan...is where I spent my precious time with people who love me.. with fantastic place and awesome activities.
That is more important kan?? :)
This is my 1st vacation after mak meninggal...
Thanks to my lovely friends (you know who you are) for spending your time for me.. it was a great trip!
I enjoyed it so much!

Stat with driving from KL to KT.. sepanjang perjalanan mmg asyik berborakkkk xhenti2.. update itu ini.. Dari hal kerja ke hal org kawin.. then msok plak hal politik negara... pergh.. mmg best!
Bila ngntok n lapar..benti rehat kat mana2 .. mmg best...
Sampi KT around 5am.. brekfst again together.. b4 menidokan diri barang sejam di masjid Mizan...
Pagi tuh semua jd zombie! sbb xckop tido! hehe..

Sampi redang..!
Habis semua lupa..
Kepenatan mengharungi malam yg panjng...
Kesibukkn kerja yg xpernah abis..
MMG AWESOME!
Wo! Baru sampi! Rasa nak terjun uouls!!


Snorkeling trip yg mengeluarkan satu kelemahan aku..
Owh baru tahu aku ni.. MABUK LAUT..
naik ferry ok.. naik boat..owh..tidak!!
Tensen!!
Muka aku yg menahan muntah!



Dpn chalet pon dh boleh klo nak snorkeling..
MMg awesome!
Selama ni tgk kt iklan n kat tv...
skali..mmg sama mcm yg dlm poskad n whatsoeva!
SUBHANALLAH!
CANTIK!
Maka.. dgn ini..
Aku akan kembali ke Redang semula
Mesti!!!



Bila berada dlm laut..
tgk ikan2 bewarna warni.. berenang2 senang hati... corals yg cantik.. batu2 yg unik2...hidupan2 laut lain yg indah... mulut ni xhenti2 memuji kekuasaan Allah...
Byk benda yg kita xtau..
Dlm laut ni.. bykk benda yg kita xjumpa..
kita xteroka..
Klo kita ade pluang...
Sungguh kita akan sentiasa mengucapkan betapa bijaksanaNYA pencipta kita..
Yg didarat pon x abis lg nk tgk..
Ni yg laut plak..
kesempatn yg aku ada brg seciput ni..
Aku hargainya sgt2!
Sungguh.. Benarkan..
Allah maha Kaya!
Subhanallah!
Ya itu sahajalah yg aku mahu katakan.. eheks!

Coral yg memegunkan!*betul ke word tuh.hehe*

Owh..ikan dtg serbu..! All the fishes love us!hehe

Allahuakbar..!

Gamat sdg relax...!

Erk? owh.. xtau apa.. bt cantik sgt!

Ikan ni.. sesat..mgkin lari dr rumah?ahaha..


Ok.. now..layan gmbr2 sepnjng di Redang.. maybe sama yg di FB..
apa adahal! hehe..

Klo ade sesama nk g redang mahu guide..leh pm.. meh kt bg chalet yg murah..mkn best.. view fantastic..don worry.. ni bkn bsns aku..so i just nk promote sbb ya lah tmpat best n worth.. apa adahal! ^^

Adios!
*Dedikasi utk Dajwa, Zubed, and Adik. And plus, Niza and Wani yg x dpt join time ni. next time ayuh pergi bersama ok! <3 p="">



















Amacam?? hehe...

Notakaki: Sejak hari pertama mak pergi.. setiap malam pon akan rindu mak.. dan setiap malam pon air mata ini akan mengalir.. Ya.. di Redang juga aku x terlepas dr kerinduan itu.. Tumpah juga airmata di bahu shbt baikku ketika mahu melenakan diri di malam hari...

Walaupun mungkin aku mampu tersenyum..
Walaupun aku ketawa riang..
Namun jauh di sudut hati...
Masih ade rindu yg berbekas..
Masih ade sedih yg terasa..
Aku cuma mahu bangkit semula..
Dan ini.. salah satu cara.. Kan?

:)

Wassalam!


Wednesday, May 9, 2012

Kisah Arnab dan Kura-kura (Versi Baru) - Woha!



Assalammualaikum wbt..

Balik Redang.. aku semakin bersmngt.. So this time nk share 1 story yg sgt2 menarik..
Maybe ada yg tahu..ada yang xtahu...
But very nice one!
:)

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung…)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.
Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir….
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan 
janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang 
sombong takbur, lagi membanggakan diri "(Luqman: 18)



Sources: /kisah-arnab-dan-kura-kura-versi-baru/

Notakaki: utk aku, kau dan kita. :)