.: Wahai anak Adam, Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana halalnya dihisab haramnya diazab :.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Pertama Tanpa Sang Kekasih ~ Kuatkah Aku?



Ramadhan tiba lagi..
Pendosa seperti aku..
Bersujud syukur..
Sang Pencipta memberi peluang...
Peluang menghapus noda...
Peluang memohon doa..
Untuk kita.. si Pendosa...


Namun..
Entah mengapa hati di runtun sepi...
Parah jiwa ini menanggung rasa sebak..
Bertahun hidup bersama...
Gelak tawa.. Tangis sedu..
Semuanya bagai sudah sebati dgn jiwa
Akhirnya si dia..
Bonda tersayang..
Telah dijemput pulang..
Oleh Sang pencipta....

Ramadhan ini...
Semarak berkumpul adik beradik..
Menjamu  lemang..
Berbuka bersama..
Dengan harapan..
Mahu mengurangkan sedih di hati..
Entah kenapa..
Hati ini.. makin parah..
Senyum tawa tidak berbuah..
Kerana jika Bonda ada..
Tentu lebih bahagia..
Tentu lebih ceria..
Tentu lebih bermakna...

Ramadhan tiba lagi..
Sang Kekasih ku.. telah pergi menemui Sang Pencipta
Sang Kekasih mengikut jejak Imamnya..
Imamnya yang telah pergi bertahun lalu..
Tentu Bonda gembira..
Tentu Ayahanda bahagia..
Berada dekat dengan Sang Pencipta..
Namun.. Mengapa...
Hati ini..
Hati ini di runtun2..
Di siat2..
Di hiris2..
Bukan kerana tidak redha...
Tapi kerana rindu yg entah bila mahu terpadam...
Yang entah bila mahu berkurang..

Dan Ramadhan ini...
Aku harungi tanpa Sang Kekasih..
Aku jalani tanpa Sang Pencinta..
Cuba untuk tabah..
Cuba utk redha..
Kerana aku ini mahu yakin..
Segala kesedihan akan hilang...
Segala hiba akan pergi..
Segala yang berlaku pasti ada hikmah...
Kerana itu janji Sang Pencipta...
Kerana itu janji Allah yang Esa...

*senyum*

Notakaki: Dulu Ramadhan, arwah abah akan jd antara org2 yg melaungkan takbir waktu solat terawih dan arwah mak pula akan bersungguh2 bertilawah bersama rakan2 di surau setiap pagi.. Owh.. rindu...

Mak...
Abah..
Adik akan gunakan peluang Ramadhan ini seperti setiap tahun dulu..
Untuk merayu kepda Allah..
Untuk melutut kepda Allah..
Agar Mak.. Abah.. tergolong dlm ahli syurgaNya..
AMIN!!!! :)


4 comments:

  1. Kadangkala cuba meletakkan diri di tempat kau. Nyata tak boleh membayangkan. Moga Allah beri yang terbaik utk hidup kau. Ini sahaja doa aku.

    by the way, 1st time melawat blog kau. Best. Teruskan berkarya.

    ReplyDelete
  2. kak zai kuat!!!!

    ReplyDelete